9 TIPS LATIH ANAK BERPUASA

Bulan Ramadhan bakal menjengah, jadi mesti ramai ibubapa yang mahu melatih anak untuk berpuasa di bulan Ramadhan nanti. Di sini Mai kongsikan beberapa tips yang boleh membantu ibubapa sekalian untuk menjayakan puasa anak nanti.

9 TIPS MELATIH ANAK BERPUASA:

1. Latih solat dulu

Fahamkan anak terlebih dahulu bahawa solat mesti dilaksanakan dulu sebelum puasa. Memang puasa sebahagian daripada rukun Islam tapi kita sebagai ibubapa perlu melatih anak untuk solat dan kewajipan solat.

Dikesempatan musim Perintah Kawalan Pergerakan bolehlah kita gunakan sebaiknya untuk melatih anak solat di awal waktu dan berpuasa. Puasa separuh hari pun sudah memadai.

Ajarkan anak kewajipan solat dahulu baru berpuasa


2. Storytelling tentang puasa.

Bercerita dengan anak tentang puasa seperti menggunakan buku cerita, bercerita melalui kraf, membawa anak ke masjid sambil bercerita dan sebagainya. Pelbagaikan aktiviti yang boleh menarik minat anak untuk merasakan kenikmatan berpuasa.

Kerapkan bercerita berkenaan puasa dan dalam masa yang sama tunjukkan contoh teladan kita berpuasa walaupun bukan di bulan Ramadhan.

Berkongsi cerita berkaitan Ramadan dengan anak


3. Latih puasa secara berperingkat.

Latih beberapa jam dahulu untuk hari pertama. Tambah jam dan kemudian hari. Dengan cara ini anak akan lebih bersedia. Jangan memaksa anak berpuasa penuh jika mereka tak mampu. Kita tak mahu anak mengalami dehidrasi disebabkan paksaan kita untuk berpuasa.

Paksaan berpuasa adalah satu tindakan negatif yang akan memberi kesan pada mental si anak. Jadi, sebagai ibubapa kita haruslah kreatif memastikan ibadah puasa tu menjadi sesuatu yang menyeronokkan bagi anak kecil.

4. Sediakan aktiviti yang menarik

Sediakan aktiviti yang menarik supaya anak kekal mood puasa dan dapat melekakannya seperti mewarna, melukis, puzzle, jurnal ramadan dan sebagainya. Ini adalah aktiviti yang kita jalankan sewaktu anak berpuasa. Berikan galakan dan dorongan supaya mereka rasa seronok berpuasa.

Sebaiknya elakkan daripada baring melepak sambil menonton televisyen. Ini kerana apabila anak merasa bosan, mereka lebih cenderung merengek untuk berbuka puasa.

5. Hidang makanan kegemaran semasa sahur dan buka

Anak pasti lebih bersemangat untuk berpuasa jika kita menyediakan makanan kegemaran mereka. Pastikan juga berkhasiat! Bagi anak yang baru belajar untuk berpuasa, mereka kebiasaannya sukar untuk bangun bersahur. Jadi kita boleh minta pendapat anak makanan apa yang mereka mahukan untuk bersahur dan berbuka.

Jika mampu, buatkan satu jadual menu untuk bersahur dan berbuka untuk anak. Dengan cara ini, kita pun mudah nak uruskan menu untuk keluarga juga.

Senaraikan menu sepanjang Ramadan bersama anak

6. Lewatkan waktu bersahur

Selain memastikan anak tidak cepat hilang tenaga kerana bangun terlalu awal, melewatkan puasa juga akan mengelakkan anak tidur semula. Apabila anak tidur selepas bersahur, ia akan membuatkan badan menjadi lesu.

Sebaiknya selepas bersahur, minta anak pergi mandi dan bersiap untuk solat subuh di masjid. Ini bagi anak lelaki, manakala bagi anak perempuan pun perlu lakukan perkara yang sama. Hanya pilihan untuk solat di rumah atau solat di masjid.

7. Boleh buka tapi...

Jika anak tak mampu puasa, izinkan dia berbuka tapi cuba kekalkan mood puasa. Contohnya kita boleh katakan begini
"Abang, awak boleh minum sikit tapi sambung puasa ya."
 Kita kena beri sokongan dan dorongan untuk mengajak mereka meneruskan berpuasa.

8. Puji dan Reward.

Berilah pujian kepada anak jika dapat mencapai target puasa. Jika mahu reward, terpulang di atas kemampuan dan ketetapan masing-masing. Elakkan dari menjanjikan sesuatu yang diluar kemampuan kita. Anak akan menuntut jika tidak dipenuhi janji yang kita beri.

Boleh sediakan diari Ramadan untuk anak juga

Ok cukup lah tu tips yang ada. Semoga kita akan bertemu dengan Ramadan dan menunaikan ibadah dengan baik.
Selamat melatih anak berpuasa. 😍

Post a Comment

1 Comments

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete