Ayam Bakar Simple & Sedap

Menu ringkas dan mudah memang selalu menjadi pilihan bagi surirumah. Apatah lagi bagi isteri yang bekerjaya,masakan yang mudah dan cepat penyediaannya amatlah digemari.
Ayam bakar simple dan sedap

Salah satu menu yang mudah dilakukan adalah ayam bakar. Selain menjadi kegemaran seisi keluarga ia juga mudah untuk disediakan.

Bahan yang diperlukan ialah:

ayam yang telah dicuci dan ditoskan airnya
4 ulas bawang putih
1 inci halia
sos tiram
sos cili
sos bbq
minyak zaitun
madu asli
lada hitam
Inilah hasil ayam yang diperap

Cara penyediaannya ialah:

1- tumbuk lumat bawang putih bersama halia kemudian lumurkan pada ayam yang telah ditoskan.
2- campurkan semua bahan di atas dan perap selama 30 minit atau lebih
3- panaskan ketuhar pada suhu 180 selama 5 minit, kemudian boleh masukkan ayam yang telah diperap tadi. bakar selama 25-30 minit. bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing.

sebagai pilihan, anda boleh memasak ayam ini tanpa menggunakan ketuhar iaitu menggunakan airfryer atau pan kuali ajaib. Bakar sehingga masak.

Selamat mencuba.

Post a Comment

1 Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete