AYAM UNGKEP MENU ORANG PANTANG BERSALIN

Alhamdulillah Mai berpeluang untuk masakkan ayam ungkep untuk biras yang tengah berpantang. Menu simple dan mudah untuk dibuat. Bagi yang tak berpantang pun boleh makan sama.
Ayam ungkep style untuk orang berpantang
Bezanya di sini, Mai tak gunakan cili api tapi gantikan dengan lada hitam untuk rasa pedas dan lagipun lada hitam dapat menghangatkan badan. Okey, inilah cara Mai memasak Ayam Ungkep Versi Berpantang.

Bahan yang digunakan:

Ayam kampung
Bawang merah
Halia
Serai
Lengkuas
Kunyit hidup
Lada hitam
Garam secukup rasa

Cara untuk memasaknya:

1. Cuci bersih ayam dan toskan.
2. Kisar semua bahan lain bersama sedikit air kemudian panaskan minyak dalam kuali
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar dan masukkan ayam kemudian gaul sebati.
4. Masukkan garam secukup rasa dan boleh tambah sedikit air untuk bagi berkuah jika mahu berkuah.
5. Masak sehingga daging ayam empuk dan tutup api.

Selamat mencuba.

Semoga bermanfaat 💗

Post a Comment

1 Comments

  1. "Selamat siang Bos 😃
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete