TEKNIK MUDAH BERCERAI SUSU (WEAN OFF)

Proses bercerai susu adalah suatu proses yang memerlukan persediaan fizikal,mental dan emosi antara seorang ibu dan anak. Ini kerana melalui proses penyusuan ia adalah satu hubungan bonding antara si ibu dan anak tercipta. Semua sedia maklum kita amat digalakkan memberi susu ibu kepada anak sehingga anak berusia 2 tahun. Tetapi kebiasaannya tempoh untuk bercerai susu antara usia anak 2 ke 3 tahun. Awal atau lambat itu bergantung kepada kesediaan bonding ibu dan anak.

proses bercerai susu memerlukan persediaan fizikal, mental dan emosi

Teknik weaning off yang disarankan adalah melalui PERATURAN. Apakah peraturan tersebut? Jom kita teruskan.

Telling The True

Perkara pertama yang wajib kita buat adalah berkata benar kepada anak tentang nak bercerai susu. Ini sebagai persediaan buat kita dan anak. ulang dan ulang. InsyaAllah apabila kita betul-betul bersedia proses bercerai susu akan jadi mudah.

Adalah lebih baik berterus terang kepada anak dari kita menipu anak dengan meletakkan sesuatu yang tidak sepatutnya. Nampak remeh tetapi sekali kita berbuat begitu,sebenarnya kita mengajar anak supaya menipu. hah besarkan risikonya. Jadi pilihan yang terbaik adalah menerangkan perkara sebenar dengan lebih baik dan penuh kasih sayang.

berikan penjelasan kepada anak tanpa perlu berbohong

Menjadi tanggungjawab ibu untuk terangkan pada anak bahawa dia sudah besar dan bukan seorang bayi lagi. Boleh juga ceritakan tentang penyusuan bayi mengikut sunnah adalah sehingga berusia 2 tahun. jelaskan kepada anak APA dan MENGAPA perlu diberhentikan penyusuan ini tanpa melukakan hati si anak.

Don't Offer and Don't Refuse

Apabila kita sudah membuat keputusan untuk wean off, perkara pertama yang perlu kita buat adalah jangan offer dan jangan menolak jika anak kita yang berusia 2 tahun itu minta mahu menyusu. Pastikan anak makan makanan yang seimbang untuk tumbesaran mereka. Selain itu, boleh juga alihkan perhatian mereka supaya leka dan lengahkan dia untuk menyusu.

berikan anak makanan yang seimbang 

Macam-macam aktiviti kita boleh lakukan supaya anak leka dari meminta untuk menyusu. Berdasarkan pengalaman saya bercerai susu dengan anak pertama dan kedua, saya lebihkan aktiviti bermain dengan mereka, seperti mewarna,melukis,menari dan banyak lagi.

Pemilihan makanan yang baik juga penting supaya berat badan anak tidak terjejas. Berikan mereka makanan yang sihat seperti buah, ikan, ayam dan sayur. Seeloknya ajarkan anak makan makanan yang seimbang sejak awal lagi.

Kurangkan Sesi Penyusuan Sedikit Demi Sedikit

Proses weaning off tidak boleh dilakukan secara mengejut. Ia akan membuatkan anak menjadi tantrum,mengamuk dan rasa tidak disayangi. Ibu perlu kurangkan waktu penyusuan sedikit demi sedikit contohnya hanya memberi susu pada waktu malam sebelum tidur. Jadi di waktu siang, gantikan penyusuan dengan perkenalkan susu segar atau susu full cream kepada anak supaya mereka masih mendapat khasiat susu.

Bagi yang membuat jadual pengepaman susu,boleh dikurangkan proses mengepam susu. Apabila proses mengepam susu berkurangan maka penghasilan susu akan berkurang juga.Oh ye, pilihan lain untuk menggunakan botol susu adalah cawan atau sippy cup. Kita bancuh susu formula atau bagi susu segar dalam cawan dan letakkan di atas meja. Kemudian kita cakap pada anak seperti ini
"Auni, awak dah besar. Awak kena minum susu gunakan cawan sekarang."

respon pada permulaan adalah rejection. Ini adalah normal tetapi kita jangan mudah mengalah dan teruskan sehingga anak boleh menerima hakikat itu. InsyaAllah pasti berjaya.

Penyusuan Hanya Sebelah Malam Sahaja

Seperti saya katakan sebelum ini, proses bercerai susu mempunyai suatu tempoh. Ia tidak boleh dilakukan secara drastik. Tempoh penyusuan yang digalakkan adalah selama 2 hingga 3 tahun. Jadinya bergantung kepada kita untuk menentukan bila masa yang sesuai untuk memberhentikan proses penyusuan itu.

Secara logiknya, adakah kita boleh terima perubahan secara mendadak? Contoh, kita hari-hari makan nasi, kemudian esok hari kita buang semua stok beras dari hidup kita serta merta hanya kerana kita kata nak berdiet extreme. Adakah kita mampu terima hakikat begitu? Hah begitu jugaklah situasi bagi anak kita. Anak kita belum faham kenapa perlu disekat penyusuan susu ibu,jadi sebab itu kita perlu ulang dan sentiasa ulang kenapa perlu bercerai susu.

Memberi penyusuan sebelah malam sahaja dapat membantu anak menenangkan emosi anak. walaupun kadangkala si anak bukan menyusu pun tetapi sekadar kemam dan mencium bau badan si ibu. Dari situ si anak dapat satu ketenangan buat dirinya.

Sokongan Daripada Si Ayah

Apakah peranan si ayah dalam proses bercerai susu ini?Hah nampah macam usaha semua mesti dari seorang ibu kan? Percayalah sokongan dan bantuan dari seorang ayah dalam proses ini sangat diperlukan.

Bagaimana pula peranan ayah diperlukan?Mudah sahaja sebenarnya. tugas si ayah membantu memberi sokongan dan kata-kata positif kepada ibu dan anak. Selain itu, bagi mengurangkan beban si ibu si ayah boleh juga bersama-sama meluangkan masa dan membantu bancuh susu untuk anak.
Sambil tu, boleh mohon doa dari Allah semoga dipermudahkan sepanjang proses bercerai susu tersebut.

sokongan dari ayah turut membantu melancarkan proses bercerai susu

Oklah itu sahaja teknik yang boleh digunakan oleh ibubapa dalam membantu proses bercerai susu. Semoga ia memberi manfaat kepada semua.

Post a Comment

1 Comments

  1. "Selamat siang Bos ��
    Mohon maaf mengganggu bos ,

    apa kabar nih bos kami dari Agen365
    buruan gabung bersama kami,aman dan terpercaya
    ayuk... daftar, main dan menangkan
    Silahkan di add contact kami ya bos :)

    Line : agen365
    WA : +85587781483
    Wechat : agen365


    terimakasih bos ditunggu loh bos kedatangannya di web kami kembali bos :)"

    ReplyDelete