Memasak itu terapi buat diriku

Apakah cara terbaik untuk anda mendapatkan terapi diri?
Setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk mendapatkan terapi diri. Ada yang suka berkebun sebagai terapi diri, atau memanjakan diri di salon spa dan sebagainya. Bagi saya memasak adalah terapi buat diri sendiri. Menjadi satu kepuasan apabila dapat memasak sesuatu yang digemari seisi keluarga.
memasak dari hati akan memberi kepuasan yang tersendiri

Semasa kecil, untuk memasak sendiri memang tidak boleh dilakukan tanpa pengawasan emak atau ayah. Ayah merupakan inspirasi saya dalam bidang memasak. Minat memasak muncul kerana saya suka melihat ayah memasak pelbagai jenis hidangan. Saya jatuh cinta untuk memasak. Hobi mengumpul pelbagai jenis resepi memang satu kemestian.

Setiap masakan yang selalu saya buat kebiasaannya masakan melayu. Anak melayu sejati katanya. Kadangkala saya buat juga masakan lain. Juadah seperti kuih muih pun saya suka buat. Orang ada kata kalau seseorang tu pandai memasak aneka jenis lauk kebiasaannya tidak pandai membuat masakan lain. Pada pendapat saya, semua itu bergantung kepada kemahiran seseorang dalam mengendalikan cara memasak.

Bagi saya memasak sendiri lebih baik walaupun masakan itu simple dan mudah. Yang pasti makanan tersebut memberi kekenyangan dan kepuasan kepada semua ahli keluarga. InsyaAllah akan datang saya kongsikan resepi yang selalu saya buat untuk keluarga saya.

Post a Comment

0 Comments